Friday, July 15, 2011

rindu mereka....;)

skarang ni tgah cuti sem..sampai bulan sembilan..weheee..so long la..pe yg pling aida rindu??rndu nak men gamelan n kwan2 gamelan...mase short sem ktorg bnyak spend tme sma2 since ktorg bnyk mse..ni la msa kitorg blajr lagu2 baru coz..bila dah long sem t msing2 busy..naik sem ni jer dah bnyk program..hehe

kitorg dlm gamelan ni da mcm fmily..rapat la antra ktorg..ngn snior2 n ngn dak2 band coz kitorg share satu traing room..cikgu pon ktorg kongsi..hehe..syiok la..dorg x sombong..aida n d geng ni junior..mmg manje la..haha..rindu korg semua..korg yg giler baboon..huahhhaa..jom tgok gambor..gmbor je kn..haha..






















tgok gambar2 ni mcm kte x prctice je kn..mmg pon..tme ni ckgu x dpt dtg..haha..abis naik tocang masing2 kan..haha

hhaha..lucu tgok korg ni..ni la kitorg..super junior gamelan uia..fadhil,izyan,gaga,mimi,piji,tira,syirah,izzah,nafisah,midah,bedah,abe,dan aida..hehe..
korg..rndu kenakalan korg..jmpe lgi nnti..

Fadilat hari jumaat..;)

hari jumaat....penghulu segala hari..banyak kelebihan hari jumaat ni..hari2 lain pon ad jugak yer..ntah la..aida perasan..setiap hari jumaat..pagi..mesti redup je..damai..tenag je rasa..cuaca pun suam2 kuku...n mesti hujan...rahmat hari jumaat kan..Waallahualam..;)


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:  
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

sarapan pagi!!

gud morning dunia...wahhhhhahaha..(menguap)..hehe...bukak2 mata jer lapor...biasela..perot kita dah rehat wktu tdo kn..bgun je die nk mkan...selalu..pagi2..aida la mkhluk yg wat breakfast tuk fmily...kalwa malas tahap dewa tu..xde la eh..ikut angin pagi..haha...jom tgok pe yg bly di mamam pagi2 ni...




waduh2..sandwish ni..mmg sodap..ni pagi2..menu biase la kn..

wah..nasi goreng..pagi2..hobi aida wat bisinbg kat dapur..pe lagi..godak nasi goreng la...

mehuuuuiin....ala...sedapnyer...

telor!!! ni mcm2 bly wat..ayah selalu watkan kitorg telor sparuh masak..hehe


roti + sosej =roti sosej..ni skali skala la...;0)

ha ni..faveret aida...sihat dan puasla..hahaa

ni la yg lalu ktorg makan pagi2..kalaw rajin..klw hari minggu selalu beli je..xpon kitorg sarap kat luar..nasi lemak..roti canai..ni kadang2..kalw tiap2 hari..bly jadi belon ..haha

Wednesday, July 13, 2011

susur galur gamelan..:)

sejak join gamelan club uia ni..aida suke je baca info2 pasal gamelan..bukan pe..tuk pngatahuan tmbahan..ilmu jgak tu..hehe..kan..ni al kisah salasilah gamelan...


Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa,MaduraBali, dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gonglebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Ha..kalw xde gong..b ukan gamelan la tu k..haha..

Gamelan di Malaysia

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahangketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Alatan

Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang IbuGendang AnakSaron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro,pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asliyang banyak dipakai di Eropah.



ni alkisah gamelan..yup..gamelan dtg dari jawa..di uia..ktorg blajar gamelan melayu dan gamelan jawa..selain tu..kitorg main gamelan kromatik..lagu2 kromatik ni lebih kepada lagu2 moden..lagu rakyat,lagu2 ni ada yg kitorg buat sendiri..lagu gamelan kromatik kitorg main untuk show wedding..lebih meriah..lagi..gamelan tradisional..kitorg main tuk show2 rasmi..n lastly kontemperori..ni gabungan tradisional dan moden..lagu ni lbih laju dan rancak n susah..tapi best...;)

ape Gamelan tuihhh???

okey..apo bnda gamelan ni??aida bukan obes kat gamelan k..haha..cuma aida nk share ilmu aida yg yg x sberapa ni k..org kate,ilmu yg skit kalw kte share2 akn btambah..so..x de hal la derr..haha..

ni la alat2 gamelan yang basic..die ad lagi alat tambahan..ni yg ada kat uia..
.
 ni pon alat2 gamelan ...

                                    

   ni bonang....bonang ni sangat la pnting dan ni alat yg utama..wajib ada...sodap bunyi die..


     ni gambang..ni dari kayu..kayu pe tah..haha..beza dari bonang k..mggunakan kedua2 tangan


                  ni saron pekin...ketuk je.bunyi ni lebih nyaring..



  ni saron baron..die besar pada pekin n bunyi die lain skit.


      .ni saron demung..besar punyer..ni adik2 bradik saron..hehe


                              
                     ni kenong..

                                             
 ni gendang yg di gunakan utk gamelan..ada beberapa jenis lagi la..




             
okeh..ni pulak gong yg d gunakan utk gamelan..ada name2 die taw..hehe



next aida nk post sejarah gamelan ni ..:)